Posts

L a m b a t

Sejak kebelakangan ni aku selalu lambat untuk ke kelas, mungkin semangat aku sudah hilang... mungkin aku sering merasa yang aku ni bersendirian, atau aku dah terlalu penat dengan drama manusia sekeliling aku. Aku paling tidak suka apabila seseorang membuat aku kurang senang bersama dia. Bila aku mempunyai kelas dengan seseorang yang aku agak annoying tu aku tak boleh nak belajar sebab aku rasa ada vibes negatif untuk aku. Dia tak boleh rasa semua orang selesa bila berada dengan dia. Dah banyak kali aku beritahu dia yang aku tidak suka beberapa perkara yang dia buat terhadap aku. Tapi.. manusia biasalah mudah lupa. Aku harap sangat di minggu-minggu akhir aku dapat balik semangat aku untuk final exam . Harap tak jumpa la mamat annoying tu lagi next sem.

hubungan

Image
Hampir semua sahabat-sahabat aku dah tamatka zaman bujang mereka. Kami kawan bermula dari darjah 6 dan mula rapat sewaktu tingkatan 2, berada didalam kelas yang sama. Pada mulanya kami agak janggal kerana kami semua mempunyai pemikiran yang lain-lain. Tetapi dengan pemikiran yang pelbagai itulah yang satukan kami sehingga sekarang. Sehingga kini kami masih berhubung walaupun masing-masing sudah ada tanggungjawab sendiri. Tapi mereka tak pernah lekang bertanya khabar. Baru -baru ni ada sahabat aku yang baru mendirikan masjid. Alhamdulillah, aku berasa gembira kerana hamper semua mereka dah ada keluarga sendiri. Maka, tinggal aku dengan Ain jela yang masih belum berkeluarga. Belum masanya lagi, sekarang masa untuk aku capai impian dan cita-cita aku nak banggakan ibu dan ayah. Semoga hubungan persahabatan kita semua hinggi hujung nyawa.

S T R E S S

Image
Korang tahu tak stresa tu apa ?  Haa ,  stress atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan. Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja. Bila stress berada di peringkat tinggi, seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stress. Stress di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu. Kita boleh mengurangkan stress dengan beberapa cara iaitu : Bersenam. Tidur yang mencukupi. Mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.

SESAL

Mungkin aku yang salah dalam hal ni, tapi sejujurnya aku tak suka orang provoke aku. Aku tak suka bila orang kenakan aku. Aku akan jadi bengis, nak marah tapi kena sabar. Tapi tu la, mungkin terlalu banyak bagi muka. Sebab tu jadi naik kepala. Tapi aku rasa tindakan yang aku lakukan terhadap rakan aku sangat la overlimit. Mungkin dia tak boleh terima perbuatan aku terhadap dia. Aku juga nak dia tahu yang aku tak selesa dengan apa dia lakukan terhadap aku. Aku dengan tidak sengaja telah tunjukkan jari tengah kepada kawan laki aku sewaktu makan, kerana dia membuat suatu perkara yang aku tidak senangi. Sejak hal ini berlaku, kami tidak lagi bertegur. Aku sesal dengan perbuatan aku.  

A K I B A T

Based on cerita aku last week berkenaan dengan panik, minggu ni aku diberi tugasan atau projek untuk subjek Prinsip Perakaunan. Kami diberi kepada beberapa kumpulan didalam kelas untuk siapkan projek ni. Pensyarah aku ada terangkan beberapa tugasan pertama yang kami perlu hantar dalam masa terdekat. Al maklum lah, minggu ni minggu cuti, orang muda kata bersantai gitu. HAHAHA. Memang kelaut dalamlah bab tugasan ni. Tiba-tiba 9 Dec 2022, 09:00 pm pensyarah aku ingatkan kami untuk hantar tugasan yang diberikan pada 12 Dec 2022 sebelum 12:00 am. Mahu tak serabut kau, tibalah time tu kau lupa nak bawa buku nota kau. Lupa tugasan apa yang kau perlu hantar. HAHAHA, dalam hati "ni kalau tanya Dr ni mahu kena perli balik ni" nasib baik teammate aku ada salin dalam notes kat iPad dia. Fuhh, lega sekejap. Nak dijadikan cerita, malam tu juga kami bahagi tugas dan satukan tugasan yang dah siap untuk buat semakkan. Alhamdulillah, siap juga tugasan pertama. Aku rasa degree life ni sangat...

P a n i k

Minggu ni aku nak kongsikan berkenaan dengan panik. Untuk pengetahuan korang aku ada perkemahan kelana siswa bermula 2 Dec 2022 sehingga 5 Dec 2022, tapi hari ini aku ada peperiksaan pertengahan sem untuk subjek EPPD1063. Jadi aku minta kebenaaran untuk tangguh vigil perkemahan, memandangkan aku terus nak balik Melaka selepas " Lab Test " untuk persiapan konvokesyen aku yang dah 2 tahun tangguh. Nak di jadikan cerita aku dapat perlepasan keluar dari kem perkemahan awal pada malam sebelum " Lab Test". Jauh juga beb hutan penyelidikan UKM dengan kolej aku. Kalau jalan kaki memang termenung la aku tengah jalan. HAHAHA. :p NAsib baik ada jurulatih tolong hantarkan. Aku balik je terus berehat, yela duduk dalam khemah dengan hujan lagi. Mahu tidak berkolam khemah aku, dengan sejuk hujan lagi. Tiba masanya, aku gerak ke makmal komputer fakulti aku. Berdebar beb, dah la aku tak buat ulangkaji dan aku redha dengan ilmu di dada. Cehhh, HAHAHA. Sekali tengok soalan, nohhhh rok...

KONVOKESYEN

Image
Memandangkan minggu hadapan adalah minggu konvokesyen aku. Aku nak cerita sesuatu, memandangkan kami sudah tunggu selama 2 tahun setengah untuk konvokesyen diploma aku. Mestilah ramai pelajar terasa terujakan? Yela, konvokesyen kot. Kau dah penat-penat berusaha untuk dapatkan segulung diploma takkan tak nak raikan. Tapi majoriti budak batch aku tak nak hadir ke majlis konvokesyen kami. Semuanya kerana mereka tiada masa dan susah untuk minta cuti yang agak lama. Aku rasa agak sedikit kecewa. Setelah tiga tahun susah senang bersama, siapa je tak nak raikan bersama kawan sekelaskan. Aku nak salahkan pihak pengurusan kolej aku pun tak boleh juga. Yela mana taknya, duit kami bayar untuk majlis konvokesyen dan jamuan makan malam agak mahal dan diwajibkan bayaran kepada semua pelajar walaupun tidak hadir ke majlis. Tapi untuk jamuan makan malam hanya terhad untuk 1000 orang yang terawal sedangkan bilangan graduan adalah sebanyak 3000 lebih pelajar. Siapa je tak provok. Mungkin ada hal yang pe...