Posts

Showing posts from November, 2022

KONVOKESYEN

Image
Memandangkan minggu hadapan adalah minggu konvokesyen aku. Aku nak cerita sesuatu, memandangkan kami sudah tunggu selama 2 tahun setengah untuk konvokesyen diploma aku. Mestilah ramai pelajar terasa terujakan? Yela, konvokesyen kot. Kau dah penat-penat berusaha untuk dapatkan segulung diploma takkan tak nak raikan. Tapi majoriti budak batch aku tak nak hadir ke majlis konvokesyen kami. Semuanya kerana mereka tiada masa dan susah untuk minta cuti yang agak lama. Aku rasa agak sedikit kecewa. Setelah tiga tahun susah senang bersama, siapa je tak nak raikan bersama kawan sekelaskan. Aku nak salahkan pihak pengurusan kolej aku pun tak boleh juga. Yela mana taknya, duit kami bayar untuk majlis konvokesyen dan jamuan makan malam agak mahal dan diwajibkan bayaran kepada semua pelajar walaupun tidak hadir ke majlis. Tapi untuk jamuan makan malam hanya terhad untuk 1000 orang yang terawal sedangkan bilangan graduan adalah sebanyak 3000 lebih pelajar. Siapa je tak provok. Mungkin ada hal yang pe...

PILIHAN

Apa itu pilihan? Pilihan ialah satu hak yang diberikan kepada kita untuk membuat pemilihan sama ada untuk membuat suatu keputusan ataupun tidak. Haa, memandangkan minggu ni adalah minggu pilihan raya, aku nak kongsi sedikit sebanyak persediaan sebelum pergi mengundi. Yang pertama kali nak mengundi mesti tertanya-tanya macam mana cara atau prosedur mengundikan? Pertama sekali, sebelum hari mengundi korang kenalah selidik ataupun cari latar belakang calon yang bertanding. Kenali calon pilihan korang, apa pencapaian mereka telah capai. Yang kedua, pada hari mengundi jangan lupa bawa kad pengenalan serta buat semakan dimana tempat mengundi. Jangan salah tempat pulak, haih jenuh pulak nanti nak pusing-pusing. Yang terakhir, jangan pula korang ambil gambar kertas undi tu pulak. Boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun,  dikompaun sebanyak RM 5000 atau kedua-duanya sekali. Jadi buatlah pilihan yang bijak, 5tahun sekali je merasa. Yang penting undi adalah rahsia, bukan tempat mengundi yang ...

INTROVERT

Introvert ialah sejenis personaliti yang mana seseorang lebih suka berseorangan, pemalu, tak banyak cakap dan berdepan dengan orang ramai. Antara cabaran paling besar untuk mereka ialah perspektif masyarakat dan orang sekeliling. Masyarakat selalu beranggapan introvert ni teruk, antisosial dan tak ada kawan. Tapi bagi aku mereka yang introvert tak selamanya introvert . Perbezaan antara introvert dengan extrovert sebenarnya ada kaitan dengan bagaimana cara seseorang nak meluahkan sesuatu yang kita ingin ungkapkan. Introvert tak semestinya pemalu atau antisosial. Mereka selalunya menjadi pemerhati yang tajam dan pendengar yang baik. Mereka lebih suka mencari maklumat sebelum membuat sesuatu perkara ataupun keputusan. Supaya mereka dapat menyumbang idea dengan maklumat yang relevan dengan apa yang diperlukan. Jadi bagi sesiapa yang mempunyai ciri-ciri intovert jangan mudah putus asa. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.  Thank you. :)

M U L A

Image
Disini semuanya bermula. Setelah hampir dua tahun aku bekerja dan mula berasa selesa dengan gaji yang aku terima, mak dan ayah menggesa aku untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Aku mula mendaftarkan diri di UPUOnline pada bulan Mac 2022. Setelah tujuh bulan keputusan UPUOnline pun keluar dan aku ditawarkan masuk ke program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.  Masa mula-mula nak melangkah masuk, adalah sedikit rasa was-was. Maklumlah, sebelum ini aku belajar di kolej swasta, yuran agak mahal serba serbi banyak menggunakan duit. Tapi alhamdulillah yuran sini tidak la mahal dan semua kemudahan sudah pun disediakan.  Suasana pembelajaran di UKM Bangi jauh berbeza dengan di kolej aku dulu. Di sini pelajar agak berdikari dan kelas agak fleksibel. Maklumlah, kampus yang agak besar  dan mempunyai bilangan pelajar yang ram...