hubungan
Hampir semua sahabat-sahabat aku dah tamatka zaman bujang mereka. Kami kawan bermula dari darjah 6 dan mula rapat sewaktu tingkatan 2, berada didalam kelas yang sama. Pada mulanya kami agak janggal kerana kami semua mempunyai pemikiran yang lain-lain. Tetapi dengan pemikiran yang pelbagai itulah yang satukan kami sehingga sekarang. Sehingga kini kami masih berhubung walaupun masing-masing sudah ada tanggungjawab sendiri. Tapi mereka tak pernah lekang bertanya khabar. Baru -baru ni ada sahabat aku yang baru mendirikan masjid. Alhamdulillah, aku berasa gembira kerana hamper semua mereka dah ada keluarga sendiri. Maka, tinggal aku dengan Ain jela yang masih belum berkeluarga. Belum masanya lagi, sekarang masa untuk aku capai impian dan cita-cita aku nak banggakan ibu dan ayah. Semoga hubungan persahabatan kita semua hinggi hujung nyawa.