P a n i k
Minggu ni aku nak kongsikan berkenaan dengan panik. Untuk pengetahuan korang aku ada perkemahan kelana siswa bermula 2 Dec 2022 sehingga 5 Dec 2022, tapi hari ini aku ada peperiksaan pertengahan sem untuk subjek EPPD1063. Jadi aku minta kebenaaran untuk tangguh vigil perkemahan, memandangkan aku terus nak balik Melaka selepas "Lab Test" untuk persiapan konvokesyen aku yang dah 2 tahun tangguh. Nak di jadikan cerita aku dapat perlepasan keluar dari kem perkemahan awal pada malam sebelum "Lab Test". Jauh juga beb hutan penyelidikan UKM dengan kolej aku. Kalau jalan kaki memang termenung la aku tengah jalan. HAHAHA. :p NAsib baik ada jurulatih tolong hantarkan. Aku balik je terus berehat, yela duduk dalam khemah dengan hujan lagi. Mahu tidak berkolam khemah aku, dengan sejuk hujan lagi. Tiba masanya, aku gerak ke makmal komputer fakulti aku. Berdebar beb, dah la aku tak buat ulangkaji dan aku redha dengan ilmu di dada. Cehhh, HAHAHA. Sekali tengok soalan, nohhhh rokiahhh aku mula panik sekejap. Aku pun jem dekat situ. HAHAHA. Jadi aku buat yang mana aku tahu dulu, yang mana aku tak dapat aku panggil sir aku. Tanya apa fomular untuk nama dan beberapa soalan. Nasib baiklah sir aku bagi aku search beberapa fomular. Alhamdulillah, doakan aku dapat jawab Lab Test 2 dengan lebih baik guysss :)) Korang jangan study last minit tauu jangan jadi macam aku :p HAHAHAHAHA.
Comments
Post a Comment