A K I B A T
Based on cerita aku last week berkenaan dengan panik, minggu ni aku diberi tugasan atau projek untuk subjek Prinsip Perakaunan. Kami diberi kepada beberapa kumpulan didalam kelas untuk siapkan projek ni. Pensyarah aku ada terangkan beberapa tugasan pertama yang kami perlu hantar dalam masa terdekat. Al maklum lah, minggu ni minggu cuti, orang muda kata bersantai gitu. HAHAHA. Memang kelaut dalamlah bab tugasan ni. Tiba-tiba 9 Dec 2022, 09:00 pm pensyarah aku ingatkan kami untuk hantar tugasan yang diberikan pada 12 Dec 2022 sebelum 12:00 am. Mahu tak serabut kau, tibalah time tu kau lupa nak bawa buku nota kau. Lupa tugasan apa yang kau perlu hantar. HAHAHA, dalam hati "ni kalau tanya Dr ni mahu kena perli balik ni" nasib baik teammate aku ada salin dalam notes kat iPad dia. Fuhh, lega sekejap. Nak dijadikan cerita, malam tu juga kami bahagi tugas dan satukan tugasan yang dah siap untuk buat semakkan. Alhamdulillah, siap juga tugasan pertama. Aku rasa degree life ni sangat mencabar ye anak-anak. Masa diploma semua pensyarah suap. Sekarang pandai-pandai hidup.
Tolong ye jangan buat kerja last minutes, takut hasil yang kau buat tak berapa memuaskan hati. Akibatnya, kau tanggunglah carry mark yang tak seberapa tu nanti untuk bawa ke final.
Comments
Post a Comment