KONVOKESYEN
Memandangkan minggu hadapan adalah minggu konvokesyen aku. Aku nak cerita sesuatu, memandangkan kami sudah tunggu selama 2 tahun setengah untuk konvokesyen diploma aku. Mestilah ramai pelajar terasa terujakan? Yela, konvokesyen kot. Kau dah penat-penat berusaha untuk dapatkan segulung diploma takkan tak nak raikan. Tapi majoriti budak batch aku tak nak hadir ke majlis konvokesyen kami. Semuanya kerana mereka tiada masa dan susah untuk minta cuti yang agak lama. Aku rasa agak sedikit kecewa. Setelah tiga tahun susah senang bersama, siapa je tak nak raikan bersama kawan sekelaskan. Aku nak salahkan pihak pengurusan kolej aku pun tak boleh juga. Yela mana taknya, duit kami bayar untuk majlis konvokesyen dan jamuan makan malam agak mahal dan diwajibkan bayaran kepada semua pelajar walaupun tidak hadir ke majlis. Tapi untuk jamuan makan malam hanya terhad untuk 1000 orang yang terawal sedangkan bilangan graduan adalah sebanyak 3000 lebih pelajar. Siapa je tak provok. Mungkin ada hal yang penting dan bersebab kenapa rakan sekelas aku tak sertai kami. Untuk Azmira dan Hamizah semoga kita berjumpa lagi. Untuk Amrina jumpa dalam dewan konvokesyen nanti. Aku berharap ukhwah yang kami jalinkan tidak terhenti sehingga diploma sahaja. Semoga berpanjangan dan berkekalan. Ameen.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Comments
Post a Comment