M U L A
Disini semuanya bermula. Setelah hampir dua tahun aku bekerja dan mula berasa selesa dengan gaji yang aku terima, mak dan ayah menggesa aku untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Aku mula mendaftarkan diri di UPUOnline pada bulan Mac 2022. Setelah tujuh bulan keputusan UPUOnline pun keluar dan aku ditawarkan masuk ke program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Masa mula-mula nak melangkah masuk, adalah sedikit rasa was-was. Maklumlah, sebelum ini aku belajar di kolej swasta, yuran agak mahal serba serbi banyak menggunakan duit. Tapi alhamdulillah yuran sini tidak la mahal dan semua kemudahan sudah pun disediakan.
Suasana pembelajaran di UKM Bangi jauh berbeza dengan di kolej aku dulu. Di sini pelajar agak berdikari dan kelas agak fleksibel. Maklumlah, kampus yang agak besar dan mempunyai bilangan pelajar yang ramai.
Sampai sini je, jumpa blog seterusnya.

Comments
Post a Comment